Contoh kejadian Gelombang_sinus

Gelombang kosinus dalam hubungannya dengan lingkaran.

Gelombang ini sering muncul setiap hari, tamsilnya gelombang laut, gelombang suara, dan gelombang cahaya.

Gelombang kosinus merupakan gelombang "sinusoid" kerana cos ⁡ ( x ) = sin ⁡ ( x + π / 2 ) , {\displaystyle \cos(x)=\sin(x+\pi /2),} sehingga gelombang kosinus sama seperti gelombang sinus dengan pergeseran fasa sebesar n/2. Oleh kerana gelombang ini fasanya lebih maju, sering juga dikatakan fungsi kosinus mendahului gelombang sinus, atau gelombang sinus terlambat dari kosinus[3].

Telinga manusia boleh menangkap gelombang sinus dari udara sebagai suara yang jernih disebabkan hanya memiliki frekuensi tunggal tanpa harmonik; beberapa suara yang mendekati gelombang sinus sempurna adalah siulan, gelas kristal yang dibunyikan dengan menggesekkan hujung jari pada bibir gelas, dan suara yang dihasilkan garfu tala[4].

Gelombang suara yang terdiri daripada beberapa isyarat sinus akan ditangkap telinga sebagai bunyi "berisik" atau memiliki harmonik tertentu; dikatakan suara tersebut memiliki "warna" (timbre).